Pengurusan Masjid Al-I’tisam dengan ini mempelawa tuan/puan untuk menjadi ahliĀ khairat kematian di bawah kelolaan Masjid Al-I’tisam. Bagi yang berminat bolehlah berbuatĀ demikian dengan mengisi borang di sini (klik) dan memulangkan kepada kami denganĀ kadar segera.

Berikut adalah keistimewaan yang ditawarkan kepada ahli :

  • Satu set kelengkapan kafan/keperluan pengurusan jenazah.
  • Perkhidmatan van jenazah Masjid Al-I’tisam secara percuma (sekitar Lembah Kelang sahaja)
  • Menghadiahkan bacaan tahlil Arwah pada malam Jumaat pertama selepas berlaku kematian. (dilaksanakan di Masjid Al-I’tisam)

Segala keistimewaan di atas hanya akan diperolehi setelah pihak kami diberitahu dan sebagai makluman keistimewaan yang ditawarkan ini juga adalah termasuk:

  • Ahli dan Pasangan
  • Anak-anak
  • Tanggungan yang tinggal serumah dan
  • Keluarga yang menziarah di rumah Ahli.

Borang Khairat KematianĀ << Muat turun disini!

Tindakan Jika Berlaku Kematian - Di Rumah.

  1. Sila dapatkan pengesahan Kematian dari Doktor/klinik.
  2. Dengan surat pengesahan kematian tersebut buat Laporan Polis di Balai Polis berdekatan ie Balai Polis Bukit Jelutung.
  3. Sila Dapatkan Permit Perkebumian dari Balai Polis Tersebut dan serahkan salinan Asal kepada Pihak Masjid untuk pengurusan Perkebumian.
  4. Hubungi Pihak Masjid untuk Pengurusan Jenazah dan Perkebumian.

Jika Kematiaan DiHospital/Klinik Swasta.

Tindakkan di Para 1 dan 2 diatas akan dibuat oleh Pihak Hospital/klinik. Jika tidak perlu diuruskan sendiri seperti diatas.Ā Ā 

No Talipon Pihak Masjid untuk Dihubungi..

  1. Hj Amer bin Hj Abd Hamid - 012 3770610Ā 
  2. Ust Wan Ilias bin Wan Daud - 017 2043569
  3. Ust Ismail bin Meon - 013 2161555
  4. Hjh Norita bt Hassan - 012 6729872

Waktu Solat

Shah Alam
30 Jumada Al-Akhirah 1433
Subuh5:42
Syuruk7:02
Zuhur1:13
Asar4:35
Maghrib7:19
Isyak8:31

Perkhidmatan

Siapa di talian

Terdapat 12 pelawat diatas talian

Pautan

JAIS
Jabatan Agama Islam Negeri Selangor
MAIS
Majlis Agama Islam Selangor
Surau As-Sakeenah
Surau As-Sakeenah, TTDI Jaya
Blog Taman TTDI Jaya
Blog mengenai hal ehwal TTDI Jaya
PASTI Baitul Ikhwan
Pusat Asuhan Tunas Islam Baitul Ikhwan, TTDI Jaya