Laporan Mesyuarat Agong Khas Pencalonan Pegawai & AJK Masjid Sesi 2012-2015

Alhamdulillah, pada 7 April 2012, Masjid Al-I'tisam telah selesai Mesyuarat Agong Khas Pencalonan Pegawai & AJK Masjid Sesi 2012-2015, dan tahniah diucapkan kepada semua ahli khariah yang hadir untuk menunaikan hak anda serta menyuburkan tuntutan mesyuarah bagi membuat pilihan calon-calon yang akan mengemudi Masjid kesayangan kita ini. Ucapan jutaan terima kasih juga diberikan kepada AF Ustaz Ramli Sidom, Penolong Pengarah Pengurusan Masjid Negeri Selangor, kerana sudi hadhir mempengerusikan Muktamar kita pada tahun ini.

Disini disertakan keputusan rasmi pencalonan yang dijalankan pada hari tersebut:-

Baca Lagi...

Program Di Ambang Ramadhan

Alhamdulillah, pada 30 Julai 2011 lalu, masjid telah berjaya menganjurkan sebuah program unik menyambut Ramadhan al-Mubarak. Program tersebut dimulakan dengan Bacaan Al-Quran bertaranum oleh Imam 1 Masjid, AF Ustaz Muslim Ali.

Kemudian program disambung dengan deklamasi sajak oleh Sdr Dinsman & Pak Shukur Harun. Artis Nasyid Jemputan juga dijemput untuk membuat persembahan, iaitu, AF Ustaz Ahmad Syazili bersama anak-anaknya Kumpulan Dhuha dan juga Sdr Mu'adz Dzulkefly. Program berakhir dalam pukul 11 malam.

Berikut adalah video rakaman-rakaman program, bacaan taranum, bacaan2 sajak serta nasyid2 yang dikumandangkan oleh mereka, sila klik "Read More"

Baca Lagi...

E-Kuliah baru, Facebook dan Twitter

E-Kuliah Al-I'tisam melangkah setapak lagi dengan antaramuka terbaru yang lebih menarik dan mesra pengguna. Antaramuka terbaru ini direka dengan rekabentuk yg sesuai untuk tatapan internet di komputer biasa, laptop mahupun telefon pintar yg terkini. Ia juga dilengkapkan dengan kesesuaian untuk pengunjung yang menggunakan tablet seperti Ipad, Android Tablet dan juga OS lain seperti Blackberry, Nokia Symbian dan Windows Phone 7. E-Kuliah juga menyokong format baru HTML5 untuk memainkan audio dan video sesuai untuk browse internet yg terkini.

Anda juga boleh memuat turun kuliah-kuliah dalam format mp4, mp3 ataupun Ogg Vorbis untuk dinikmati secara offline seperti dalam kereta atau mp3 player.

Portal Masjid Al-I'tisam juga baru membuat page Facebook serta akaun Twitter untuk pengunjung mengikuti perkembangan semasa aktiviti masjid serta kuliah-kuliah harian. Pastikan anda 'Like' page Facebook serta 'Follow' @alitisam di Twitter masing-masing.

Baca Lagi...

Konsert Tazkirah Ambang Tahun Baru 2011

Pada malam tahun baru 2011, iaitu bersamaan dgn 31 Disember 2010, masjid Al-I'tisam menganjurkan satu program sambutan tahun baru yang unik dan amat menarik sekali. Program yang dinamakan 'Konsert Tazkirah' ini adalah berkonsepkan berhibur sambil menuntut ilmu.

Baca Lagi...

Program Gotong Royong Bubur Assyura

Pada 25 Disember 2010, Masjid Al-I'tisam menganjurkan program masakan bubur lambuk ala Kelantan, yang diketuai oleh chef Al-Karim dan dibantu oleh sdr Zainal. Program bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir dengan jayanya pada pukul 8.30 malam, terima kasih diucapkan kepada semua ahli-kariah yang membantu dalam menjayakan program ini. Lagi laporan dan berita di dalam.

Baca Lagi...

Waktu Solat

Shah Alam
30 Jumada Al-Akhirah 1433
Subuh5:42
Syuruk7:02
Zuhur1:13
Asar4:35
Maghrib7:19
Isyak8:31

Perkhidmatan

Siapa di talian

Terdapat 14 pelawat diatas talian

Pautan

JAIS
Jabatan Agama Islam Negeri Selangor
MAIS
Majlis Agama Islam Selangor
Surau As-Sakeenah
Surau As-Sakeenah, TTDI Jaya
Blog Taman TTDI Jaya
Blog mengenai hal ehwal TTDI Jaya
PASTI Baitul Ikhwan
Pusat Asuhan Tunas Islam Baitul Ikhwan, TTDI Jaya