E-Kuliah baru, Facebook dan Twitter

Published April 3, 2011 by admin in Berita Semasa

E-Kuliah Al-I’tisam melangkah setapak lagi dengan antaramuka terbaru yang lebih menarik dan mesra pengguna. Antaramuka terbaru ini direka dengan rekabentuk yg sesuai untuk tatapan internet di komputer biasa, laptop mahupun telefon pintar yg terkini. Ia juga dilengkapkan dengan kesesuaian untuk pengunjung yang menggunakan tablet seperti Ipad, Android Tablet dan juga OS lain seperti Blackberry, Nokia Symbian dan Windows Phone 7. E-Kuliah juga menyokong format baru HTML5 untuk memainkan audio dan video sesuai untuk browse internet yg terkini.

Anda juga boleh memuat turun kuliah-kuliah dalam format mp4, mp3 ataupun Ogg Vorbis untuk dinikmati secara offline seperti dalam kereta atau mp3 player.

Portal Masjid Al-I’tisam juga baru membuat page Facebook serta akaun Twitter untuk pengunjung mengikuti perkembangan semasa aktiviti masjid serta kuliah-kuliah harian. Pastikan anda ‘Like’ page Facebook serta ‘Follow’ @alitisam di Twitter masing-masing.

 

Loading Facebook Comments ...