Valentine’s Day

Sabda Rasulullah SAW:

« من تشبه بقوم فهو منهم »

Maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut” (Riwayat Abu Daud)

Ulasan Hadis:

  1. Melalui hadis di atas Rasulullah SAW mengingatkan umatnya bahawa sesuatu perbuatan ataupun tindakan yang dilakukan yang mana amalan tadi menyamai amalan sesuatu kaum yang bukan Islam maka sipelaku tersebut tergolong dalam golongan tersebut.
  2. Sebagai contohnya, sambutan hari kekasih yang disambut pada 14 Feb pada setiap tahun merupakan amalan daripada budaya bukan Islam atau lebih jelas lagi ia merupakan diantara budaya penganut agama Kristian.
  3. Lebih menyedihkan lagi apabila perayaan tersebut disambut bagi memperingati kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).
  4. Di Malaysia, sambutan hari kekasih diraikan dengan penuh aktiviti-aktiviti maksiat seperti keluar berdua-duaan, berpeleseran sehingga membawa kepada perbuatan seks bebas.
  5. Justeru, Islam menyeru seluruh umatnya agar tidak meraikan sambutan hari kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya seperti:
    • Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
    • Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
    • Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
    • Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
    • Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.
  6. Bagi memperjelaskan lagi mengenai perkara ini isertakan disini iaitu keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu mengenai hukum meraikan hari kekasih.WALLAHU’ALAM

Waktu Solat

Shah Alam
30 Jumada Al-Akhirah 1433
Subuh5:42
Syuruk7:02
Zuhur1:13
Asar4:35
Maghrib7:19
Isyak8:31

Perkhidmatan

Siapa di talian

Terdapat 18 pelawat diatas talian

Pautan

JAIS
Jabatan Agama Islam Negeri Selangor
MAIS
Majlis Agama Islam Selangor
Surau As-Sakeenah
Surau As-Sakeenah, TTDI Jaya
Blog Taman TTDI Jaya
Blog mengenai hal ehwal TTDI Jaya
PASTI Baitul Ikhwan
Pusat Asuhan Tunas Islam Baitul Ikhwan, TTDI Jaya