Pengurusan Jenazah & Khairat Kematian

Pengurusan Masjid Al-I’tisam dengan ini mempelawa tuan/puan untuk menjadi ahli khairat kematian di bawah kelolaan Masjid Al-I’tisam. Bagi yang berminat bolehlah berbuat demikian dengan mengisi borang di sini (klik) dan memulangkan kepada kami dengan kadar segera.

Berikut adalah keistimewaan yang ditawarkan kepada ahli :

  • Satu set kelengkapan kafan/keperluan pengurusan jenazah.
  • Perkhidmatan van jenazah Masjid Al-I’tisam secara percuma (sekitar Lembah Kelang sahaja)
  • Menghadiahkan bacaan tahlil Arwah pada malam Jumaat pertama selepas berlaku kematian. (dilaksanakan di Masjid Al-I’tisam)

Segala keistimewaan di atas hanya akan diperolehi setelah pihak kami diberitahu dan sebagai makluman keistimewaan yang ditawarkan ini juga adalah termasuk:

  • Ahli dan Pasangan
  • Anak-anak
  • Tanggungan yang tinggal serumah dan
  • Keluarga yang menziarah di rumah Ahli.

Borang Khairat Kematian << Muat turun disini!

Tindakan Jika Berlaku Kematian – Di Rumah.

  1. Sila dapatkan pengesahan Kematian dari Doktor/klinik.
  2. Dengan surat pengesahan kematian tersebut buat Laporan Polis di Balai Polis berdekatan ie Balai Polis Bukit Jelutung.
  3. Sila Dapatkan Permit Perkebumian dari Balai Polis Tersebut dan serahkan salinan Asal kepada Pihak Masjid untuk pengurusan Perkebumian.
  4. Hubungi Pihak Masjid untuk Pengurusan Jenazah dan Perkebumian.

Jika Kematiaan DiHospital/Klinik Swasta.

Tindakkan di Para 1 dan 2 diatas akan dibuat oleh Pihak Hospital/klinik. Jika tidak perlu diuruskan sendiri seperti diatas.

No Telefon Pihak Masjid untuk Dihubungi.

  1. Hj Marzuki – 013 4327262

  2. Ust Wan Ilias bin Wan Daud – 017 2043569
  3. Ust Ismail bin Meon – 013 2161555
  4. Hjh Norita bt Hassan – 012 6729872