Masjid Al-I'tisam dibangunkan daripada sebuah surau dalam tahun 1997. Bangunan masjid diperluaskan dan pelbagai fasiliti ditambah dari masa ke semasa seiring dengan keperluan jemaah hasil sumbangan orang ramai. Melalui ukhwah dan komitmen semua pihak, masjid sediada telah berjaya berfungsi dengan baik serta memainkan peranannya dalam masyarakat.

Keadaan persekitaran telah banyak berubah dengan kemajuan pesat dan penduduk yang lebih ramai. Sudah sampai masanya sebuah masjid yang lebih selesa serta lengkap selaras dengan perkembangan di kariah TTDI Jaya itu sendiri dapat dibangunkan segera.
Sehubungan dengan itu, pihak masjid telah mengambil keputusan untuk melaksanakan pembangunan KIAI dengan harapan ia dapat memenuhi keperluan umat Islam setempat. KIAI juga diharapkan menjadi katalis kepada penjanaan generasi soleh yang tunduk serta patuh kepada Allah dan Rasul. Generasi ini juga akan berperanan memimpin masyarakat mencari keredhaan Allah dengan kehidupan bersepadu dalam maksud berjaya didunia dan berjaya juga diakhirat.
MISI kami ialah untuk melihat masjid kembali berfungsi sepertimana di zaman kegemilangan Islam dahulu. Masjid berperanan sebagai medan pembangunan ummah dibawah kesatuan Islam sehingga Islam berjaya menguasai dua pertiga dunia.
Layari Laman Web Rasmi KIAI di

