Pembangunan
- Disiar pada Monday, 31 October 2011 19:17
KOMPLEKS ISLAM AL I'TISAM atau KIAI dibangunkan untuk berperanan sebagai pemangkin kepada penyatuan ummah dengan fikrah yang satu berasaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. KIAI apabila siap nanti akan menjadi sebuah pusat tumpuan masyarakat untuk beribadah, menuntut ilmu serta bermuamalat.
| Fasiliti | Kapasiti | |
| Masjid | Ruang Solat Utama | 1000 |
| Ruang Solat Terbuka | 8000 | |
| Ma'ahad Tahfiz | Lelaki | 200 |
| Perempuan | 100 | |
| Dewan Serbaguna | 500 | |
| Bilik Kuliah | 50 orang sebilik | 2 buah |
| Hotel Islam | 40 Bilik | |
| Ruang Komersil | 12,000 k.p. |
KEMUDAHAN LAIN; Pejabat, bilik mesyuarat, rumah guru dan kakitangan, perpustakaan, tadika islam, taman lanskap, cafe, bilik pengurusan jenazah, bilik wuduk, tandas, kawasan riadah pelajar dan jemaah, parkir dan lain-lain lagi.
KEMUDAHAN SEDIADA; Sekolah Rendah Agama JAIS, Tadika Islam, Kedai Gunting Rambut, Pusat Basuh Kereta dan Kedai Pakaian.
KEMUDAHAN AKAN DATANG; KAFA Menengah.
Fasa & Kos Pembangunan
Kos pembangunan keseluruhan projek KIAI diangggarkan sebanyak RM29 juta. KIAI akan dibangunkan dalam 3 FASA. Dimulai dengan Blok Maahad Tahfiz, Pejabat dan Ruang Komersil. FASA 2 ialah pembinaan Bangunan Masjid dan diikuti oleh FASA 3 iaitu pembinaan Podium Masjid.

| Fasa | Kos |
| Fasa 1 | RM 13 Juta |
| Fasa 2 | RM 6 Juta |
| Fasa 3 | RM 10 Juta |
| Jumlah | RM 29 Juta |



