Maahad Tahfiz Al-I’tisam

Published October 31, 2011 by admin in Kiai

Maahad ditubuhkan dalam tahun 1998. Jumlah pelajar terkini ialah seramai 60 orang terdiri daripada 40 orang lelaki dan 20 orang perempuan. Maahad lelaki terletak di kawasan masjid dalam bangunan kontena manakala pelajar perempuan diletakkan di dua buah rumah teres 2 tingkat tidak jauh dari kawasan masjid.

Maahad telah melahirkan ramai para huffaz. Kebanyakan pelajar akan menamatkan pengajian mereka dalam tempoh sekitar 4 tahun. Selepas itu mereka melanjutkan pelajaran di dalam atau di luar negara sehingga ke peringkat ijazah.

KIAI menyediakan fasiliti maahad yang lebih baik seperti bilik belajar, asrama, kawasan riadah dan rekreasi, dewan makan, dapur, rumah guru dan banyak lagi fasiliti sokongan yang lain.

KIAI menyediakan fasiliti dan suasana pembelaja-ran yang selesa serta kondusif. Harapan kami ialah untuk melahirkan lebih ramai ulamak dan para profesional yang berwibawa serta terdidik dengan ilmu-ilmu Islam.

Mereka ini nanti akan berperanan pula dalam masyarakat membentuk sebuah generasi yang berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah dalam setiap aspek kehidupan. Inilah penawar kepada semua penyakit dalam masyarakat yang dirosakkan oleh pelbagai amalan yang songsang kerana meninggalkan ajaran Islam yang sebenarnya.

Loading Facebook Comments ...