Kursus & Majlis Ilmu

Masjid Al-I’tisam menawarkan program kursus serta kuliah harian sepanjang tahun. Diantara kursus-kursus yang dianjurkan oleh masjid adalah:

  • Kursus pengurusan jenazah
  • Kursus Haji
  • Kursus Pendidikan Sekolah / Remaja
  • Kursus Muslimat
  • dan lain lain

Masjid juga menawarkan program keilmuan seperti Forum Perdana, Konsert Tazkirah, Program Kesenian Islam dan banyak lagi program berbentuk hiburan alternatif.

Kuliah Ilmu juga diadakan sepanjang tahun membariskan mu’alim yang hebat. Secara lazimnya jadual kuliah adalah seperti berikut:

  • Kuliah Maghrib – Setiap Hari
  • Kuliah Subuh – Setiap Sabtu & Ahad serta Cuti Umum
  • Kuliah khas untuk muslimat juga diadakan pada sebelah petang selepas solat Asar ataupun pagi.

Semua jemaah dijemput untuk memakmurkan masjid sambil menuntut ilmu.

Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda (yang maksudnya):

“Selamat datang wahai orang yang menuntut ilmu, sesungguhnya para penuntut ilmu itu akan dinaungi oleh sayap-sayap para malaikat yang saling bertindihan satu sama lainnya sampailah ke langit dunia, ini kerana kecintaan mereka kepada orang yang menuntut ilmu.”

(Ibnu Majah, Ahmad, Thabrani & Ibnu Hibban)