Imam 1 - Ustaz Muslim Ali

Al-Fadhil Ustaz Mohamad Muslim bin Ali adalah nama yang tidak asing lagi dikalangan Qari di Malaysia ini dengan kelunakkan bacaan Tarannum beliau. Beliau sering menjadi Qari jemputan bagi majlis-majlis rasmi Kerajaan maupun swasta, seperti Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa dan lain-lain.

Dilahirkan pada tahun 1986, anak jati Dungun, Terengganu, mendapat pendidikan awal di Maahad Tahfiz al-Quran Terengganu, dan memegang Ijazah Sarjana Muda Takhasus (Quran Wal-Qiraat), Universiti Al-Azhar pada tahun 2010 ini banyak menyumbang kepada Institusi Pengajian Tarannum di negara kita. Sumbangan beliau yang sangat besar apabila beliau menjadi tenaga pengajar dalam kursus-kursus seperti Kursus Tahsin dan pengajar peserta Tarannum diseluruh Malaysia.

Sumbangan beliau juga banyak dalam mewakili negara mahupun negeri seperti mewakili negara dalam Tilawah Al-Quran peringkat Belia Asia Tenggara (2005), Haflah Tilawatul Quran Festival ASEAN (2009) dan menjadi johan di beberapa kejohanan Tilawah dan Tadarus peringkat Negeri. Beliau juga memenangi tempat ke 3 dalam Akademi Al-Quran TV9 pada musim kedua tahun 2007.

Masjid Al-I'tisam sangat bersyukur kerana mendapat khidmat beliau sebagai Imam Besar Masjid dan Alhamdulillah, kehadhiran beliau dalam saf pimpinan Masjid Al-I'tisam telah banyak memberi sumbangan yang tidak ternilai.


Bacaan Ustaz Muslim Ali dalam Solat Jumaat 27 Mei 2011
Surah Al-Fatihah
Surah Qof, Ayat 1-11

Waktu Solat

Shah Alam
30 Jumada Al-Akhirah 1433
Subuh5:42
Syuruk7:02
Zuhur1:13
Asar4:35
Maghrib7:19
Isyak8:31

Perkhidmatan

Siapa di talian

Terdapat 16 pelawat diatas talian

Pautan

JAIS
Jabatan Agama Islam Negeri Selangor
MAIS
Majlis Agama Islam Selangor
Surau As-Sakeenah
Surau As-Sakeenah, TTDI Jaya
Blog Taman TTDI Jaya
Blog mengenai hal ehwal TTDI Jaya
PASTI Baitul Ikhwan
Pusat Asuhan Tunas Islam Baitul Ikhwan, TTDI Jaya