Misi Dakwah Sabah 2012
- Disiar pada Monday, 27 February 2012 09:18
Masjid Al-I'tisam akan menyertai Misi Dakwah Sabah yang akan dianjurkan bersama oleh JAKIM Cawangan Sabah, Pertubuhan NGO Muslim Care Malaysia dan Masjid Al-I'tisam sendiri pada 16 - 18 Mac 2012. Objektif utama misi ini adalah untuk memberi bantuan kepada rakyat Sabah yang terpinggir dan daif di kawasan- kawasan pendalaman.
Program Maal Hijrah 1433H
- Disiar pada Thursday, 08 December 2011 09:19
Masjid akan adakan 2 program khas untuk sambutan Maal Hijrah bagi tahun 1433H iaitu:
Konsert Tazkirah: Pengalaman Hijrah bersama 2 otai, Bob Lokman & Mel Wings berserta Moderator Ustaz Mohd Nazmi Abd Karim
10 Disember 2011 (Sabtu), Selepas Solat Isyak
Forum Sempena Maal Hijrah bersama Ustaz Nik Mohamad Abduh & Ustaz Riduan Mohd Nor dengan penampilan istimewa bersama Catriona Ross
12 Disember 2011 (Isnin), Selepas Solat Maghrib
Karnival Pendidikan Shah Alam 2011
- Disiar pada Wednesday, 07 December 2011 16:25
Kompleks Islam Al-I'tisam (KIAI) akan menganjurkan Karnival Pendidikan Shah Alam, yang akan diadakan di Taman TTDI Jaya, berhadapan dengan Masjid Al-I'tisam pada hari Sabtu, 17 Disember 2011, jam 9.30 pagi hingga 11.45 malam. Karnival ini bertujuan untuk membuka peluang orang ramai untuk mendapatkan informasi dari pameran-pameran pendidikan daripada institusi-institusi pendidikan yang sertai karinival ini.
Selamat Menyambut Aidiladha
- Disiar pada Saturday, 05 November 2011 20:07
Alhamdulillah, Program korban pada tahun ini telah selamat dijayakan. Sebanyak 10 ekor telah berjaya dikorbankan, dan kami telah mencipta rekod masa terpantas program ini diselesaikan. Tahniah kepada akhi Abdul Aziz kerana telah cemerlang mengemudi Program ini pada tahun ini. Daging-daging pun telah diedarkan kepada ahli kariah, dan sebahagian diedarkan di Pondok Bustamul Ariffin di Sepang, dan Pondok di Sabak Bernam.
Insya Allah, petang ini program Misi Dakwah dan Korban di Sabah akan berlepas, yang akan diketuai oleh Nazir, Tn Hj Abdul Razak, dan diiringi oleh AF Ustaz Mohamad Hadi Talhah, Hj Zakaria (Ketua Lajnah Dakwah), Saiful dan Webmaster. Kami mengharapkan doa semua untuk menjayakan misi ini Insya Allah. Program ini akan dimaklumkan kepada semua dari semasa ke semasa melalui laman Facebook masjid.
Misi Dakwah dan Ibadah Korban ke Sabah
- Disiar pada Friday, 04 November 2011 10:34
Salaam. Insya'Allah Misi Dakwah dan Ibadah Qurban Ke Sabah anjuran Muslim Care dan Masjid Al-I'tisam akan berlangsung 6-10Nov 2011. Selain laksanakan ibadah Qurban, program/aktiviti Dakwah juga akan diadakan yg bakal dipimpin Us Abdul Hadi Thalhah. Kami alu-alukan sumbangan derma berbentuk wang ringgit dan mainan kanak-kanak berkonsep pendidikan utk disumbang kepada kanak-kanak di lokasi terlibat. Kepada yg berminat menjayakan misi ini, boleh sampaikan sumbangan di Masjid Al-I'tisam selewat2nya 9.00pm 4 Nov 2011. Sokongan Tn/Pn didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


