Selamat Menyambut Aidiladha
- Disiar pada Saturday, 05 November 2011 20:07
Alhamdulillah, Program korban pada tahun ini telah selamat dijayakan. Sebanyak 10 ekor telah berjaya dikorbankan, dan kami telah mencipta rekod masa terpantas program ini diselesaikan. Tahniah kepada akhi Abdul Aziz kerana telah cemerlang mengemudi Program ini pada tahun ini. Daging-daging pun telah diedarkan kepada ahli kariah, dan sebahagian diedarkan di Pondok Bustamul Ariffin di Sepang, dan Pondok di Sabak Bernam.
Insya Allah, petang ini program Misi Dakwah dan Korban di Sabah akan berlepas, yang akan diketuai oleh Nazir, Tn Hj Abdul Razak, dan diiringi oleh AF Ustaz Mohamad Hadi Talhah, Hj Zakaria (Ketua Lajnah Dakwah), Saiful dan Webmaster. Kami mengharapkan doa semua untuk menjayakan misi ini Insya Allah. Program ini akan dimaklumkan kepada semua dari semasa ke semasa melalui laman Facebook masjid.


